RSS

PERSEPSI GURU TERHADAP SOKONGAN MASYARAKAT KEPADA SEKOLAH

06 Mac

PERSEPSI GURU TERHADAP SOKONGAN MASYARAKAT KEPADA SEKOLAH
oleh
RAMLAN BIN MAMAT

Sekolah adalah sebuah organisasi pembelajaran. Guru-guru adalah merupakan tenaga pengajar yang berusaha merealisasikan aspirasi negara yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Persoalannya mampukah para pendidik ini menjalankan misi negara dengan hanya berbekalkan ilmu di dada dan semangat berkobar-kobar dengan kemudahan infrastruktur dan prasarana seadanya di sekolah. Kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan persepsi guru terhadap sokongan komuniti seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), sekolah berhampiran dan bank berhampiran kepada sekolah. Badan-badan sosial setempat adalah pemangkin kepada pengukuhan proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti sokongan, bagi meningkatkan prestasi pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang. Dapatan kajian menunjukkan sokongan social yang diterima masih berada pada tahap sederhana (min = 2.65). Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat menyedarkan tentang peranan dan tanggungjawab sosial komuniti terhadap sekolah yang akan melahirkan anak bangsa berkualiti untuk kesejahteraan agama, bangsa dan Negara.

Pengenalan

Walaupun pengembangan ilmu diberi penekanan namun faktor kualiti jarang sekali diperkatakan dan dipraktikkan. Pengurusan sekolah sering mendengar dan memperkatakan tentang masalah kualiti tetapi usaha serta pengamalan kualiti masih samar dan tidak begitu jelas kepada mereka.
Sekolah sebagai institusi pendidikan mempunyai strategi sendiri dalam meningkatkan kualiti dalaman dan luaran mereka. Sekolah mesti dipandang mulia oleh masyarakat luar dan ibu bapa kerana dengan sistem pendidikan yang berkesan mampu melahirkan seorang pelajar yang berkualiti dan berketrampilan.
Peranan ibu bapa dan anggota komuniti juga faktor yang boleh menjadikan pendidikan berkualiti. Ibu bapa sebagai anggota masyarakat mesti memainkan peranan yang serius terhadap pendidikan anak-anak mereka. Pendidikan formal di sekolah hanya lebih kurang 6 jam sehari sahaja dan selebihnya pelajar berada di tangan keluarga dan masyarakat. Anggota masyarakat harus memberi maklumat dan maklum balas kepada sekolah serta memberi kerjasama di dalam pelbagai aktiviti pembinaan ilmu yang dijalankan oleh guru dan sekolah.

Penglibatan anggota –anggota masyarakat dalam proses pendidikan juga tidak kurang pentingnya, khususnya institusi-institusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), Intitusi Kewangan dan Sekolah berhampiran harus sentiasa berdamping dengan sekolah-sekolah dan guru-guru serta mengambil tahu proses pendidikan di sekolah-sekolah di kawasan masing-masing secara tidak langsung Mereka perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran selamat kepada pelajar dan penduduk setempat. Konsep “School-Home-Community Partnership” perlu diterapkan dengan mengadakan program-program permuafakatan dan perkongsian yanag melibatkan pihak sekolah,ibu bapa dan masyarakat setempat.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan pemuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah. Pemuafakatan ini dapat membina kesefahaman tentang tanggungjawab bersama dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah. PIBG juga sebagai pelengkap terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang selesa. PIBG juga berperanan ke arah menjaga kesetabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.

Latarbelakang masalah

Sekolah mengharapkan PIBG memberikan sokongan dan bantuan yang diperlukan. Adalah menjadi harapan sekolah supaya PIBG ini dapat datang ke sekolah dalam setiap bulan untuk membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan sekolah. Sekolah juga berharap agar mesyuarat antara PIBG dan pihak pengurusan sekolah dapat diadakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun untuk memastikan semua permasalah dapat diselesaikan dengan cepat dan tepat. Ini selari dengan pelembagaan PIBG (Surat Perkeliling Iktisas Bilangan 4 2004 Pindaaan Perlembagaan PIBG, 2004). Pertemuan dan mesyuarat yang lebih kerap ini dijangkan dapat menyelesaikan masalah berrkaitan dengan masalah murid, dan juga mengadakan program di sekolah. Apakah yang diharapkan oleh guru ini mendapat sokongan PIBG Sekolah?
Sekolah telah digesa untuk melakukan perkongsian untuk meningkatkan pencapaian (Surat Arahan Penubuhan Model CO, 2006; PIPP, 2005; ). Perkongsiaan ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk. Misalnya perkongsian idea, kepakaran, dan infrastruktur sekolah. Guru yang berkepakaran tertentu di sesebuah sekolah boleh diminta membantu sekolah lain yang berdekatan agar kepakaran guru itu boleh membantu guru di sekolah tersebut. Persoalannya sejauh manakah perkongsian ini berlaku? Apakah pandangan guru terhadap sokongan sekolah berhampiran?
Sokongan badan kewangan dalam menjayakan aktiviti di sekolah sangat diharapkan. Tanpa kewangan yang kukuh sekolah tidak akan dapat menjalankan aktiviti yang telah dirancang untuk memastikan peningkatan pencapaian dalam pelbagai bidang. Institusi kewangan mempunyai tanggungjawab sosial terhadap sekolah dan juga masyarakat (Perlaksanaan Program Pintar yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Bajet 2009 di Dewan Rakyat).

Program Pintar (Promoting Intelligence, Nurturing Talent and Advocating Responsibility) merupakan sebuah program anjuran Khazanah Nasional Berhad yang diwujudkan khas untuk meningkat dan menyelaraskan tanggungjawab sosial korporat Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di dalam mendukung hasrat kerajaan untuk memajukan sektor pendidikan di negara ini.

Melalui Program Pintar ini juga, kerajaan menggalakkan Syarikat-syarikat GLC untuk mengambil sekolah-sekolah angkat bernaung di bawah program tanggungjawab sosial korporat mereka. Antara GLC yang terlibat dengan program Pintar ialah Affin Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Boustead Holdings Berhad dan Bumiputra Commerce Holdings Berhad Persoalannya sejauh manakah pihak institusi telah memainkan peranan ini? Apakah guru di sekolah berpuas hati dengan sokongan yang diberikan oleh pihak institusi kewangan?

Pernyataan Masalah
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), institusi kewangan dan sekolah berhampiran merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti. Menerusi kerjasama dengan badan sokongan ini akan dapat memastikan peningkatan dalam pendidikan berkualiti. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan guru terhadap sokongan badan sokongan di atas. Kepuasan terhadap sokongan ini dikaji daripada aspek perkongsian idea, sokongan moral, kewangan, dan penglibatan dalam aktiviti sekolah.
Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh pertubuhan ini adalah sebagai orang tengah antara guru ibu bapa dan masyarakat. Agar segala salah faham yang berlaku di sekolah sama ada soal prestasi akademik dan masalah disiplin di kalangan pelajar dapat diselasaikan dengan inisiatif badan pertubuhan ini, semua bentuk salah faham ini boleh diuraikan. Perbincangan yang lebih kerap, selain mesyuarat tahunan PIBG kerjasam dan perkongsian pintar antara pihak yang terlibat mampu menjernihkan suasana.. Hasilnya, situasi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Pendidikan amat penting dan signifikan sekali dalam pembentukkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Justeru hubungan akrab yang wujud dalam bentuk usaha sama antara intitusi kewangan dan sekolah amat digalakkan demi memastikan prestasi akademik pelajar sentiasa meningkat. Sehubungan itu, program kerjasama multihala yang wujud di antara sekolah dan intitusi kewangan dapatditerjemahkan dalam pelbagai aktiviti. Ianya sejajar dengan komponen objektif program Pintar yang digariskan dalam modul pembelajarannya,iaitu;

a. Program Motivasi dan Pembangunan Pasukan
b. Program Sokongan Pendidikan
c. Pembangunan Keupayaan dan Kebolehan
d. Pengurangan Kelemahan dan Isu Sosial
Peranan lain yang boleh dimainkan oleh intitusi kewangan ini adalah sebagai penyokong kepada program-program yang telah dirancang oleh sekolah. Dengan kata lain mereka boleh berfungsi sebagai penyumbang dana untuk kemjuan sekolah sama ada dalam hal-hal akademik mahupun kokurikulum. Susulan daripada itu, perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Sekolah yang efektif dari segi pengajarannya memberi penekanan yang utama terhadap piawaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Budaya sekolah yang positif akan menjadikan sekolah sebagai satu tempat di mana guru dan murid-murid mahu menggunakan masa yang banyak dan merasa seronok berada di situ (Hoy,W.& Sabo.D,1998).
Program pumufakatan sekolah atau (Model Co) yang telah dilaksana di sekolah adalah berdasarkan kepada emapat perkara asas iaitu untuk peningkatan akademik, sahsiah murid, peningkatan kualiti guru dan kokurikulum. Sekolah-sekolah berhampiran dikehendaki mengadakan perkongsian pintar untuk berkongsi kemahiran dan kefakaran bagi menjamin keberkesanan P& P di sekolah yang mana akhirnya sekolah akan dapat mencipta kecemerlangan. Melalui kerjasama dan pemuafakatan pintar antara sekolah berhampiran akan menjadikan sekolah sebagai sebuah pusat
kecemerlangan pendidikan daripada semua segi (prasarana, disiplin dan keselamatan pelajar, pencapaian kokurikulum dan sukan, penguasaan ICT, kualiti guru dan kepemimpinan sekolah). Seterusnya sekolah yang berkesan dan diterajui oleh Gur Besar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan berkesan, mempunyai kumpulan guru yang cekap, terlatih dan komited bagi menjamin budaya sekolah yang sihat dan kondusif, Persekitaran dan iklim sekolah akan mewujudkan semangat kerja kolaboratif, hubungan rakan sekerja yang positif, kerja sama komuniti, matlamat yang jelas serta pengharapan yang tinggi terhadap apa yang akan dicapai oleh sekolah (Purkey & Smith, 1983).
Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara masyarakat dengan sekolah. Hasilnya, akan wujud kerjasama lain antara mereka. Dengan itu, segala bentuk program yang dirancang oleh sekolah akan berjalan dengan lancar. Ini sudah pasti membantu sekolah melahirkan lebih ramai pelajar yang berkualiti pada masa hadapan.
Sesungguhnya social support dan sekolah ibarat ‘aur dengan tebing’ yang perlu saling membantu. Dengan kerjasama erat kedua-dua pihak sahaja kualiti pendidikan di sekolah dapat ditingkatkan. Perkara inilah yang ingin dilihat oleh pengkaji samaada ianya berlaku disekolah-sekolah di Malaysia.

About these ads
 
1 Komen

Posted by di Mac 6, 2011 in 1

 

One response to “PERSEPSI GURU TERHADAP SOKONGAN MASYARAKAT KEPADA SEKOLAH

  1. ABU KASSIM

    Mac 31, 2012 at 3:49 am

    SAYA AMAT BERSETUJU DENGAN PENDAPAT DI ATAS NAMUN APA YANG BIASA KITA RANCANG IANYA TIDAK SELARI DENGAN YANG DILAKSANAKAN. PERANCANGAN AMAT BAIK DI ATAS KERTAS DENGAN LANGKAH-LANGKAH DAN MATLAMAT YANG INGIN DI CAPAI. KITA LUPA BAHAWA PELAJAR INI BUKAN ROBOT ATAU OBJEK YANG STATIK DAN SAMA . PELAJAR INI SESUATU YANG HIDUP YANG MEMPUNYAI PERASAAN , NALURI, ANGAN-ANGAN DAN CITA-CITA. APABILA KITA MELETAKKAN OBJEKTIF PADA “A” MISALNYA ADAKAH SEKUMPULAN 10 ORANG PELAJAR INI AKAN MENCAPAI PADA OBJEKTIF “A”. SUDAH TENTU JAWAPANNYA MUSTAHIL KECUALI SETIAP INDIVIDU ITU MEMPUNYAI 10 KAEDAH MENGIKUT KEHIDUPAN.LATAR BELAKANG, TARAF KELUARGA, TAHAP PENDIDIKAN DAN PENGARUH-PERSEKITARAN. DI SINI PERANA GURU MELAUI ILMU, PENGALAMAN SERTA PEMERHATIAN AKAN DAPAT BERFUNGSI MENCAPAI HASRAT TERSEBUT. HAL INI JUGA BERGANTUNG KEPADA KEIKHLASAN GURU ATAUPUN ADA GUNGGUAN LUAR YANG MEMBANTUTKAN USAHA GURU MENCAPAI NATIJAHNYA. KESIMPULANNYA BELAJARLAH PADA GURU DARI MENUNJUK PANDAI PADA GURU.

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: