RSS

MEMBENTUK PELAJAR CEMERLANG

Pengenalan

Mengurus manusia adalah proses yang panjang dan kompleks. Ia menjadi kompleks kerana yang dididik itu ialah manusia. Manusia mempunyai akal fikiran dan perasaan untuk berfikir dan bertindak. Kadang kala manusia bertindak di luar batasan, boleh berubah sikap, perilaku dan pandangan hidup pada jangka masa yang sukar diramalkan. Begitu juga halnya di sekolah. Di sekolah, sungguhpun ada peraturan bagi menangani salah laku, tetapi gejala ini masih merupakan perkara yang sukar dibanteras. Justeru yang dididik itu insan, yang digilap itu intan, maka guru perlu membantunya dengan penuh keikhlasan dan membentuk salah laku dengan penuh nilai kemanusiaan.

Mengurus tingkah laku terpuji adalah salah satu cara bagi memperkasakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari dengan kehendak agama, norma-norma masyarakat dan undang-undang negara. Namun, membentuk tingkah laku yang terpuji tidak mudah diterima oleh golongan pelajar lebih-lebih lagi dipengaruhi pelbagai unsur lain dalam perkembangan tingkah laku mereka.

Mengurus Tingkah Laku Pelajar

Mengurus adalah satu alat yang penting bagi mengawal kelakuan dan sikap pelajar. Apabila guru bijak menguruskan pelajar, mereka mampu menjadi pelajar yang berdisiplin, patuh pada peraturan dan undang-undang. Mengurus tingkah laku ialah cara mengawal pelajar secara berhemah dan berkesan daripada melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan. Mengurus tingkah laku pelajar dari aspek kemanusiaan menekankan kepada proses membina insan, melatih dan membimbing pelajar supaya menjadi lebih bertanggungjawab tanpa mengenakan paksaan.

Mengurus tingkah laku pelajar dari aspek kemanusiaan ialah mengurus tingkah laku pelajar menjadi insan, melatih dan membimbing agar menjadi lebih bertanggungjawab. Iaitu dengan memberi penekanan kepada ciri komunikasi sisian dan memberi kesempatan pelajar membuat keputusan. Pertimbangan utama aspek kemanusiaan ini ialah pertimbangan kemanusiaan, keadilan, penglibatan, dorongan, kebebasan, keyakinan dan kepercayaan. Oleh itu bagi mencapai tujuan ini, guru perlu lebih bersedia membimbing, membangunkan dan menggalakkan penglibatan apabila berurusan dengan pelajar.

Penyerapan modal insan yang ditekankan oleh kerajaan dianggap sebagai pengimbang dan penggenap kemakmuran sekolah. Mengurus tingkah laku pelajar yang membelakangkan nilai-nilai kemanusiaan menjadikan sekolah berjiwa kosong atau tanpa ’roh’. Ini disebabkan hilangnya pertimbangan budi bicara dan kebijaksanaan berikutan kecelaruan dalam jiwa guru yang hanya berperanan memastikan kecekapan dan keberkesanan peraturan.

Mengurus tingkah laku pelajar dari aspek kemanusiaan sememangnya memainkan peranan penting dalam usaha membina keyakinan, jati diri, membuka ruang kreativiti dan inovasi, memberi ruang kepada pelajar meneroka potensi diri dan menyedarkan pelajar baik dan buruk tingkah laku yang diamalkan.

Oleh itu , guru perlu bersedia membuat penilaian kendiri sama ada setiap tindakan dan keputusan yang diambilnya dalam mengurus tingkah laku pelajar dapat meningkatkan martabat dan nilai kemanusiaan. Justeru sudah sampai masanya para guru melakukan perubahan dengan bertindak secara seimbang dalam mengurus tingkah laku pelajar dari aspek kemanusiaan dan bukan kemanusiaan.

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 18, 2012 in 1

 

PERSEPSI GURU TERHADAP SOKONGAN MASYARAKAT KEPADA SEKOLAH

PERSEPSI GURU TERHADAP SOKONGAN MASYARAKAT KEPADA SEKOLAH
oleh
RAMLAN BIN MAMAT

Sekolah adalah sebuah organisasi pembelajaran. Guru-guru adalah merupakan tenaga pengajar yang berusaha merealisasikan aspirasi negara yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Persoalannya mampukah para pendidik ini menjalankan misi negara dengan hanya berbekalkan ilmu di dada dan semangat berkobar-kobar dengan kemudahan infrastruktur dan prasarana seadanya di sekolah. Kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan persepsi guru terhadap sokongan komuniti seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), sekolah berhampiran dan bank berhampiran kepada sekolah. Badan-badan sosial setempat adalah pemangkin kepada pengukuhan proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti sokongan, bagi meningkatkan prestasi pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang. Dapatan kajian menunjukkan sokongan social yang diterima masih berada pada tahap sederhana (min = 2.65). Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat menyedarkan tentang peranan dan tanggungjawab sosial komuniti terhadap sekolah yang akan melahirkan anak bangsa berkualiti untuk kesejahteraan agama, bangsa dan Negara.

Pengenalan

Walaupun pengembangan ilmu diberi penekanan namun faktor kualiti jarang sekali diperkatakan dan dipraktikkan. Pengurusan sekolah sering mendengar dan memperkatakan tentang masalah kualiti tetapi usaha serta pengamalan kualiti masih samar dan tidak begitu jelas kepada mereka.
Sekolah sebagai institusi pendidikan mempunyai strategi sendiri dalam meningkatkan kualiti dalaman dan luaran mereka. Sekolah mesti dipandang mulia oleh masyarakat luar dan ibu bapa kerana dengan sistem pendidikan yang berkesan mampu melahirkan seorang pelajar yang berkualiti dan berketrampilan.
Peranan ibu bapa dan anggota komuniti juga faktor yang boleh menjadikan pendidikan berkualiti. Ibu bapa sebagai anggota masyarakat mesti memainkan peranan yang serius terhadap pendidikan anak-anak mereka. Pendidikan formal di sekolah hanya lebih kurang 6 jam sehari sahaja dan selebihnya pelajar berada di tangan keluarga dan masyarakat. Anggota masyarakat harus memberi maklumat dan maklum balas kepada sekolah serta memberi kerjasama di dalam pelbagai aktiviti pembinaan ilmu yang dijalankan oleh guru dan sekolah.

Penglibatan anggota –anggota masyarakat dalam proses pendidikan juga tidak kurang pentingnya, khususnya institusi-institusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), Intitusi Kewangan dan Sekolah berhampiran harus sentiasa berdamping dengan sekolah-sekolah dan guru-guru serta mengambil tahu proses pendidikan di sekolah-sekolah di kawasan masing-masing secara tidak langsung Mereka perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran selamat kepada pelajar dan penduduk setempat. Konsep “School-Home-Community Partnership” perlu diterapkan dengan mengadakan program-program permuafakatan dan perkongsian yanag melibatkan pihak sekolah,ibu bapa dan masyarakat setempat.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan pemuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah. Pemuafakatan ini dapat membina kesefahaman tentang tanggungjawab bersama dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah. PIBG juga sebagai pelengkap terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang selesa. PIBG juga berperanan ke arah menjaga kesetabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.

Latarbelakang masalah

Sekolah mengharapkan PIBG memberikan sokongan dan bantuan yang diperlukan. Adalah menjadi harapan sekolah supaya PIBG ini dapat datang ke sekolah dalam setiap bulan untuk membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan sekolah. Sekolah juga berharap agar mesyuarat antara PIBG dan pihak pengurusan sekolah dapat diadakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun untuk memastikan semua permasalah dapat diselesaikan dengan cepat dan tepat. Ini selari dengan pelembagaan PIBG (Surat Perkeliling Iktisas Bilangan 4 2004 Pindaaan Perlembagaan PIBG, 2004). Pertemuan dan mesyuarat yang lebih kerap ini dijangkan dapat menyelesaikan masalah berrkaitan dengan masalah murid, dan juga mengadakan program di sekolah. Apakah yang diharapkan oleh guru ini mendapat sokongan PIBG Sekolah?
Sekolah telah digesa untuk melakukan perkongsian untuk meningkatkan pencapaian (Surat Arahan Penubuhan Model CO, 2006; PIPP, 2005; ). Perkongsiaan ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk. Misalnya perkongsian idea, kepakaran, dan infrastruktur sekolah. Guru yang berkepakaran tertentu di sesebuah sekolah boleh diminta membantu sekolah lain yang berdekatan agar kepakaran guru itu boleh membantu guru di sekolah tersebut. Persoalannya sejauh manakah perkongsian ini berlaku? Apakah pandangan guru terhadap sokongan sekolah berhampiran?
Sokongan badan kewangan dalam menjayakan aktiviti di sekolah sangat diharapkan. Tanpa kewangan yang kukuh sekolah tidak akan dapat menjalankan aktiviti yang telah dirancang untuk memastikan peningkatan pencapaian dalam pelbagai bidang. Institusi kewangan mempunyai tanggungjawab sosial terhadap sekolah dan juga masyarakat (Perlaksanaan Program Pintar yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Bajet 2009 di Dewan Rakyat).

Program Pintar (Promoting Intelligence, Nurturing Talent and Advocating Responsibility) merupakan sebuah program anjuran Khazanah Nasional Berhad yang diwujudkan khas untuk meningkat dan menyelaraskan tanggungjawab sosial korporat Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di dalam mendukung hasrat kerajaan untuk memajukan sektor pendidikan di negara ini.

Melalui Program Pintar ini juga, kerajaan menggalakkan Syarikat-syarikat GLC untuk mengambil sekolah-sekolah angkat bernaung di bawah program tanggungjawab sosial korporat mereka. Antara GLC yang terlibat dengan program Pintar ialah Affin Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Boustead Holdings Berhad dan Bumiputra Commerce Holdings Berhad Persoalannya sejauh manakah pihak institusi telah memainkan peranan ini? Apakah guru di sekolah berpuas hati dengan sokongan yang diberikan oleh pihak institusi kewangan?

Pernyataan Masalah
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), institusi kewangan dan sekolah berhampiran merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti. Menerusi kerjasama dengan badan sokongan ini akan dapat memastikan peningkatan dalam pendidikan berkualiti. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan guru terhadap sokongan badan sokongan di atas. Kepuasan terhadap sokongan ini dikaji daripada aspek perkongsian idea, sokongan moral, kewangan, dan penglibatan dalam aktiviti sekolah.
Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh pertubuhan ini adalah sebagai orang tengah antara guru ibu bapa dan masyarakat. Agar segala salah faham yang berlaku di sekolah sama ada soal prestasi akademik dan masalah disiplin di kalangan pelajar dapat diselasaikan dengan inisiatif badan pertubuhan ini, semua bentuk salah faham ini boleh diuraikan. Perbincangan yang lebih kerap, selain mesyuarat tahunan PIBG kerjasam dan perkongsian pintar antara pihak yang terlibat mampu menjernihkan suasana.. Hasilnya, situasi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Pendidikan amat penting dan signifikan sekali dalam pembentukkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Justeru hubungan akrab yang wujud dalam bentuk usaha sama antara intitusi kewangan dan sekolah amat digalakkan demi memastikan prestasi akademik pelajar sentiasa meningkat. Sehubungan itu, program kerjasama multihala yang wujud di antara sekolah dan intitusi kewangan dapatditerjemahkan dalam pelbagai aktiviti. Ianya sejajar dengan komponen objektif program Pintar yang digariskan dalam modul pembelajarannya,iaitu;

a. Program Motivasi dan Pembangunan Pasukan
b. Program Sokongan Pendidikan
c. Pembangunan Keupayaan dan Kebolehan
d. Pengurangan Kelemahan dan Isu Sosial
Peranan lain yang boleh dimainkan oleh intitusi kewangan ini adalah sebagai penyokong kepada program-program yang telah dirancang oleh sekolah. Dengan kata lain mereka boleh berfungsi sebagai penyumbang dana untuk kemjuan sekolah sama ada dalam hal-hal akademik mahupun kokurikulum. Susulan daripada itu, perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Sekolah yang efektif dari segi pengajarannya memberi penekanan yang utama terhadap piawaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Budaya sekolah yang positif akan menjadikan sekolah sebagai satu tempat di mana guru dan murid-murid mahu menggunakan masa yang banyak dan merasa seronok berada di situ (Hoy,W.& Sabo.D,1998).
Program pumufakatan sekolah atau (Model Co) yang telah dilaksana di sekolah adalah berdasarkan kepada emapat perkara asas iaitu untuk peningkatan akademik, sahsiah murid, peningkatan kualiti guru dan kokurikulum. Sekolah-sekolah berhampiran dikehendaki mengadakan perkongsian pintar untuk berkongsi kemahiran dan kefakaran bagi menjamin keberkesanan P& P di sekolah yang mana akhirnya sekolah akan dapat mencipta kecemerlangan. Melalui kerjasama dan pemuafakatan pintar antara sekolah berhampiran akan menjadikan sekolah sebagai sebuah pusat
kecemerlangan pendidikan daripada semua segi (prasarana, disiplin dan keselamatan pelajar, pencapaian kokurikulum dan sukan, penguasaan ICT, kualiti guru dan kepemimpinan sekolah). Seterusnya sekolah yang berkesan dan diterajui oleh Gur Besar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan berkesan, mempunyai kumpulan guru yang cekap, terlatih dan komited bagi menjamin budaya sekolah yang sihat dan kondusif, Persekitaran dan iklim sekolah akan mewujudkan semangat kerja kolaboratif, hubungan rakan sekerja yang positif, kerja sama komuniti, matlamat yang jelas serta pengharapan yang tinggi terhadap apa yang akan dicapai oleh sekolah (Purkey & Smith, 1983).
Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara masyarakat dengan sekolah. Hasilnya, akan wujud kerjasama lain antara mereka. Dengan itu, segala bentuk program yang dirancang oleh sekolah akan berjalan dengan lancar. Ini sudah pasti membantu sekolah melahirkan lebih ramai pelajar yang berkualiti pada masa hadapan.
Sesungguhnya social support dan sekolah ibarat ‘aur dengan tebing’ yang perlu saling membantu. Dengan kerjasama erat kedua-dua pihak sahaja kualiti pendidikan di sekolah dapat ditingkatkan. Perkara inilah yang ingin dilihat oleh pengkaji samaada ianya berlaku disekolah-sekolah di Malaysia.

 
1 Komen

Posted by di Mac 6, 2011 in 1

 

ELEMEN DALAM PEDAGOGI BESTARI

1.PENGAJARAN DIREKTIF

Pembelajaran secara direktif bermaksud, murid-murid belajar melalui penerangan tentang konsep / kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan yang dibuat dengan bimbingan guru. Contoh strategi-strategi pengajaran yang boleh digunakan oleh guru ialah kuliah dan latih-tubi. Bagi elemen pembelajaran secara mediatif pula, murid-murid diajar oleh guru untuk mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai kebenaran andaian,keputusan dan hipotesis. Contoh-contoh aktiviti pengajaran yang boleh digunakan olehguru dalam pendekatan mediatif ialah seperti penaakulan dialektual, pemerolehan konsep, pembentukan konsep, latihan inkuiri dan perbincangan terbuka.

2.PENGAJARAN GENERATIF

Dalam strategi generatif, guru akan menggalakkan murid menjanakan idea-idea kritis dan kreatif. Strategi ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif dengan menggunakan idea-idea yang asli dan unik. Contoh-contoh aktiviti sumbangsaran yang boleh digunakan oleh guru ialah seperti pemetaan minda, pemikiran lateral dan kreatif. Dalam pendekatan pemerhatian, murid-murid diajar mengikuti perbuatan guru atau memodelkan perlakua sesuatu kemahiran. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam kaedah pemerhatian ialah tunjuk cara. Untuk strategi yang seterusnya, guru boleh menggunakan kaedah kontekstual yang mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenarnya. Kaedah ini memotivasikan murid-murid untuk membuat kaitan antara ilmu pengetahuan dengan pengaplikasiannya kepada kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan rakyat.

3.PENGAJARAN KONTEKSTUAL

Pembelajaran kontekstual penting kerana ia mengaitkan pembelajaran kepada realiti
kehidupan. Jenis pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran
kontekstual ialah pembelajaran ’eksperential’, pengalaman hidup sebenar, pembelajaran
aktiviti dan pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran ini mementingkan
penyelesaian masalah. Ia memberikan pengakuan bahawa situasi pengajaran dan
pembelajaran boleh berlaku juga di dalam rumah dan masyarakat. Ia mengajar murid
untuk memantau dan mengarah pembelajaran sendiri supaya mereka lebih berdikari.
Prinsip-prinsip penting dalam pembelajaran kontekstual ialah seperti guru menggalakkan
murid untuk belajar daripada satu sama lain, guru menggunakan penilaian sebenar,
pembelajaran kontekstual bergantung kepada ingatan spatial guru dapat menyepadukan
mata pelajaran-mata pelajaran yang berlainan dan penilaian autentik melalui pengalaman
praktikal.

4. PENGAJARAN METAKOGNITIF

Dalam strategi metakognitif, murid-murid memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Contoh-contoh soalan yang boleh diberikan oleh guru kepada murid-muridnya dalam strategi metakognitif ialah Apakah yang saya telah belajar? Bagaimana saya bolehmempertingkatkan prestasi saya? Apakah bantuan yang saya perlu? Murid-murid dapat mempraktikkan strategi metakognitif semasa mereka menjalani latihan praktikum atau membuat journal refleksi. Pemikiran metakognitif ialah pemikiran aras tinggi yang boleh dipraktikkan oleh murid-murid

5.PENGAJARAN KONTEKS LUAR

Kaedah konteks luar ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di luar bilik darjah atau di makmal sains. Dalam kaedah ini, peranan guru sebagai seorang pasilitator di mana dia akan cuba menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh murid. Guru akan memberikan satu aktiviti penyelesaian masalah dan murid mesti berada di luar bilik darjah untuk menyelesaikan masalah ini. Selepas menyelesaikan aktiviti yang diberikan oleh guru, murid akan menyediakan laporan secara individu atau mengikut kumpulan.

6.KAJIAN MASA DEPAN

Dalam kaedah kajian masa depan, guru membolehkan murid-murid mengambil bahagian dalam penciptaan masa depan. Dalam konteks persekolahan, kajian masa depan adalah amat penting untuk golongan remaja dan murid. Kaedah ini dapat membantu murid untuk melihat manusia berfikiran jauh dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Dua prinsip dalam kajian masa depan ialah masa depan sahajalah merupakan ruang di mana kita mempunyai kuasa atau pilihan untuk bertindak atau melakuka sesuatu, terdapat bukan hanya satu masa depan tetapi beberapa dan pelbagai masa depan. Oleh itu, pemilihan soalan kajian masa depan perlu dilakukan dengan beretika dan bertanggungjawab oleh guru. Contoh-contoh soalan yang oleh dikemukakan oleh guru dalam kaedah ini ialah seperti bagaimana keadaan lalu lintas pada satu hari nanti di Malaysia? Apakah kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan? Apakah kesan-kesan daripada penebangan hutan? Guru boleh menanya soalan sama ada murid pernah melihat hutan? Apakah yang akan berlaku pada haiwan-haiwan bila hutan ditebang dan apakah akibat-akibatnya apabila tiada lagi
tumbuhan hijau di dunia?

7. PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF

Pendekatan koperatif berasaskan konsep di mana murid-murid belajar secara kumpulan
dan berbincang secara koperatif. Dalam kaedah ini, murid-murid dapat berinteraksi dan
saling membantu dalam aktiviti pembelajaran. Langkah-langkah dalam pembelajaran
koperatif ialah seperti guru sampaikan pelajaran baru, murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif, ujian dijalankan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam setiap kumpulan. Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan yang beprestasi cemerlang. Murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif. Ciri-ciri pembelajaran koperatif adalah seperti, murid-murid melibatkan diri secara aktif, murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab sesama ahli kumpulan, kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk dan murid-murid sedar tentang kebaikan pembelajaran ini. Prosedur pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah koperatif ialah seperti guru mengajar satu unit kaedah pembelajaran, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti-
aktiviti untuk mencapai objektif pembelajaran, guru membimbing dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang sesuai, murid mengikuti bimbingan guru, murid-murid berusaha bersama-sama dalam kumpulan mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.

8. PEMBELAJARAN SECARA KOLABORATIF

Mengikut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara duavpihak atau lebih. Pendekatan kolaboratif melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah mencapai prestasi yang cemerlang sama ada bidang akademik & ko-kurikulum. Melalui pembelajaran ini, keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan nilai sosial & kerjasama dapat dipupuk dengan baik serta masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minima. Pembelajaran koperatif & kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di mana kedua-dua kaedah ini menekankan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.

1.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PEDAGOGI

BESTARI

Pembelajaran secara direktif bermaksud, murid-murid belajar melalui penerangan tentang konsep / kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan yang dibuat dengan bimbingan guru. Contoh strategi-strategi pengajaran yang boleh digunakan oleh guru ialah kuliah dan latih-tubi. Bagi elemen pembelajaran secara mediatif pula, murid-murid diajar oleh guru
untuk mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis. Contoh-contoh aktiviti pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam pendekatan mediatif ialah seperti penaakulan dialektual, pemerolehan konsep, pembentukan konsep, latihan inkuiri dan perbincangan terbuka. Dalam strategi generatif, guru akan menggalakkan murid menjanakan idea-idea kritis dan kreatif. Strategi ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah
secara kritis dan kreatif dengan menggunakan idea-idea yang asli dan unik. Contoh-contoh aktiviti sumbangsaran yang boleh digunakan oleh guru ialah seperti pemetaan minda, pemikiran lateral dan kreatif. Dalam pendekatan pemerhatian, murid-murid diajar mengikuti perbuatan guru atau memodelkan perlakuan sesuatu kemahiran. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam kaedah pemerhatian ialah tunjuk cara. Untuk strategi yang seterusnya, guru boleh menggunakan kaedah kontekstual yang mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenarnya. Kaedah ini memotivasikan murid-murid untuk membuat kaitan antara ilmu pengetahuan dengan pengaplikasiannya kepada kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan rakyat.

Pembelajaran kontekstual penting kerana ia mengaitkan pembelajaran kepada realiti kehidupan. Jenis pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran ’eksperential’, pengalaman hidup sebenar, pembelajaran aktiviti dan pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran ini mementingkan penyelesaian masalah. Ia memberikan
pengakuan bahawa situasi pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku juga di dalam rumah dan masyarakat. Ia mengajar murid untuk memantau dan mengarah pembelajaran sendiri supaya mereka lebih berdikari. Prinsip-prinsip penting dalam pembelajaran kontekstual ialah seperti guru menggalakkan murid untuk belajar daripada satu sama lain, guru menggunakan penilaian sebenar, pembelajaran kontekstual bergantung kepada ingatan spatial guru dapat menyepadukan mata pelajaran-mata pelajaran yang berlainan dan penilaian autentik melalui pengalaman praktikal. Dalam strategi metakognitif, murid-murid memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Contoh-contoh soalan yang boleh diberikan oleh guru kepada murid-muridnya dalam strategi metakognitif ialah Apakah yang saya telah belajar? Bagaimana saya boleh mempertingkatkan prestasi saya? Apakah bantuan yang saya perlu? Murid-murid dapat mempraktikkan strategi metakognitif semasa mereka
menjalani latihan praktikum atau membuat journal refleksi. Pemikiran metakognitif ialah pemikiran aras tinggi yang boleh dipraktikkan oleh murid-murid Kaedah konteks luar ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di luar bilik darjah atau di makmal sains. Dalam kaedah ini, peranan guru sebagai seorang fasilitator di mana dia akan cuba
menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh murid. Guru akan memberikan satu aktiviti penyelesaian masalah dan murid mesti berada di luar bilik darjah untuk menyelesaikan masalah ini. Selepas menyelesaikan aktiviti yang diberikan oleh guru, murid akan menyediakan laporan secara individu atau mengikut kumpulan. Dalam kaedah kajian masa depan, guru membolehkan murid-murid mengambil bahagian dalam penciptaan masa depan. Dalam konteks persekolahan, kajian masa depan adalah amat penting untuk golongan remaja dan murid. Kaedah ini dapat membantu murid untuk melihat manusia berfikiran jauh dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Dua prinsip dalam kajian masa depan ialah masa depan sahajalah merupakan ruang di mana kita mempunyai kuasa atau pilihan untuk bertindak atau melakuka sesuatu, terdapat bukan hanya satu masa depan tetapi beberapa

dan pelbagai masa depan. Oleh itu, pemilihan soalan kajian masa depan perlu dilakukan dengan beretika dan bertanggungjawab oleh guru. Contoh-contoh soalan yang boleh dikemukakan oleh guru dalam kaedah ini ialah seperti bagaimana keadaan lalu lintas pada satu hari nanti di Malaysia? Apakah kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan? Apakah
kesan-kesan daripada penebangan hutan? Guru boleh menanya soalan sama ada murid pernah melihat hutan? Apakah yang akan berlaku pada haiwan-haiwan bila hutan ditebang dan apakah akibat-akibatnya apabila tiada lagi tumbuhan hijau di dunia?

Pendekatan koperatif berasaskan konsep di mana murid-murid belajar secara kumpulan dan berbincang secara koperatif. Dalam kaedah ini, murid-murid dapat berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran. Langkah-langkah dalam pembelajaran koperatif ialah seperti guru sampaikan pelajaran baru, murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif, ujiandijalankan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam setiap  kumpulan. Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan yang beprestasi
cemerlang. Murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif. Ciri-ciri pembelajaran koperatif adalah seperti, murid-murid melibatkan diri secara aktif, murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab sesama ahli kumpulan, kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk dan murid-murid sedar tentang kebaikan pembelajaran ini. Prosedur pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah koperatif ialah seperti guru mengajar satu unit
kaedah pembelajaran, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mencapai objektif pembelajaran, guru membimbing dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang sesuai, murid mengikuti bimbingan guru, murid-murid berusaha bersama-sama dalam kumpulan mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Mengikut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih. Pendekatan kolaboratif melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah mencapai prestasi yang cemerlang sama ada bidang akademik & ko-kurikulum. Melalui pembelajaran ini, keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan nilai sosial & kerjasama dapat dipupuk dengan baik serta masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minima. Pembelajaran koperatif & kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di mana kedua-dua kaedah ini menekankan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.

2.0 PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

Kemahiran generik amat penting dalam membantu meningkatkan prestasipengajaran dan pembelajaran guru terhadap murid.Pengintegrasian dapatditakrifkan sebagai pengabungan manakala kemahiran generik pula telah dikupas dan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kemahiran berfikir, Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Kemahiran Pemudahcaraan.

Untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif guru perlu menggabungkan kemahiran generik supaya ia lebih berkesan.Kemahiran berfikir dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Strategi berfikir,kemahiran berfikir dengan kritis dan kreatif serta yang terakhir kemahiran berfikir menaakul. Kemahiran berfikir kritis dapat dihuraikan sebagai kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan ia bersifat evaluatif.Strategi berfikir pula dapat ditakrifkan sebagai proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir menaakul dapat didefinisikan sebagai kemahiran berfikir membantu kita sebagai pelincir dalam membuat perkembangan secara rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kemahiran berfikir secara kritis banyak menggunakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti membandingkan dan membezakan ,mengumpul dan mengelaskan, mencirikan, membuat urutan, menganalisis, mengesan kecondongan ,menilai serta membuat kesimpulan.Seterusnya kemahiran berfikir kreatif pula banyak mementingkan aspek seperti menjanakan idea ,membuat inferens, membuat hubungkaitan, meramal, membuat hipotesis, mesinfesis, membuat analogi, membuat gambaran mental, merekacipta Strategi berfikir terdiri kemahiran mengkonsepsi, menyelesaikan masalah , membuat keputusan, kemahiran menaakul. Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi dapat melatih murid-murid supaya mahir menggunakan teknologi komputer masa kini untuk menguasai mengikut perkembangan konsep “world class education”.Tujuan kemahiran ini diajar ialah unutk menghasilkan tenaga kerja yang mahir bidang sains dan
teknologi serta dipandang tinggi oleh masyrakat serta seluruh dunia. Untuk merealisasikan impian ini pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan agar semua murid tidak ketinggalan mempelajari kemahiran ini.Ketika mengajar kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi guru mesti guna penilaian “on-going” dan “on-line” kerana ia lebih mudah dan sistematik serta menunjukkan kecanggihan teknologi maklumat masa kini.

KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN ini amat penting dalam aktiviti perbincangan dan ia merupakan satu proses yang memudahkan sesuatu perbincangan. Dari segi bidang pendidikan ia merupakan satu proses yang menggerakkan aktiviti pembelajaran murid-murid.Di dalam kaedah ini terdapat seorang pemudahcara yang dipanggil fasilitator.Perkataan “facilite” juga membawa maksud memudahkan, menyenangkan pelancaran sesuatu proses.Melalui kaedah ini peranan guru dapat dikurang tetapi peranan murid dititikberatkan.Guru menjadi sebagai “guide” dalam pengajaran dan pembelajaran serta dapat melicinkan segala proses dan aktiviti pengajarn dan pembelajran yang berlaku. Komponen yang terdapat dalam pemudahcaraan ialah menententukan struktur

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mac 5, 2011 in 1

 

Kelebihan seorang Wanita

kelebihan seorang wanita..

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 3, 2010 in 1

 

Kisah untuk difikirkan

PERTEMUAN YANG MEPORAK-PORANDAKAN

_______________________________________

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ

يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ 159

__________________________________

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 20, 2010 in 1

 

Surat An-Nahel 95

Dan janganlah kamu tukar perjanjianmu dengan Allah dengan harga yang sedikit (murah), sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

وَلا تَشْتَرُوا بِعَهْدِ اللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلا
إِنَّمَا عِنْدَ اللَّهِ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 20, 2010 in 1

 

KEBESARAN BULAN RAMADAN

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Bulan Ramadhan ke Ramadhan lainnya, dan Jumaat (hari) Jumaat berikutnya, dan solat ke satu solat waktu yang berikutnya menghapus dosa yang dilakukan di antara keseluruhan itu, bila menjauhi dosa besar”. (Riwayat Muslim)

“Dalam bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan sabar, tabah (menghadapi bencana) pahala syurga”.

“….dalamnya (bulan Ramadhan) hujungnya merupakan rahmat, dan di tengah-tengahnya pengampunan, dan di akhirnya selamat daripada neraka”.

“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dan mendirikannya dengan iman dan ihtisab kerana Allah semata-mata, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lepas”.

Berkata Jibrail kepada Rasulullah s.a.w, “Barangsiapa menjumpai bulan Ramadhan, lalu ia tidak diampun dosanya, mudah-mudahan Allah menjauhkan (rahmat-Nya) padanya, ucapkanlah amin”. Maka sabda Rasulullah s.a.w,“Amin”…

Persoalannya, mengapakah ia dijauhkan daripada rahmat Allah S.W.T?…Ya, kerana pada bulan Ramadhan itu sangat mudah mengerjakan amal-amal yang menyebabkan ia diampun dosanya. Oleh itu, orang yang tidak mendapatmaghfirah pada bulan Ramadhan beerti ia terlalu berpaling daripada Allah dan terang-terangan menentang-Nya. Maka, wajarlah ia dijauhkan dari pintu rahmat Allah. Mudah-mudahan Allah menjauhkan kita daripada murka dan siksaan-Nya. Amin.

Sebuah hadis lagi menyebutkan:

“Ketika datang bulan Ramadhan maka dibuka pintu syurga dan terkunci pintu neraka, dan terbelenggu para syaitan”. (Riwayat Muttafiq alaihi)

Pada setiap malam Ramadhan itu pula sentiasa ada seruan :

“Hai pencuri kebaikan, hadapkanlah jiwamu; dan eahai pemabuk kejahatan, sedikitkanlah!!”

Sebuah keterangan lain menyebutkan bahawa sesiapa yang beribadah fardu pada bulan Ramadhan, maka ibadahnya itu dapat menyaingi 70 ibadah fardu yang dikerjakan pada bulan lain. Kalau mengerjakan ibadah sunat pada bulan Ramadhan, dapat mengatasi ibadah fardu yang dilakukan pada bulan lain. Jadi, ibadah sunat yang dikerjakan pada bulan Ramadhan kedudukannya sama dengan ibadah fardu yang dikerjakan pada bulan lain. Ibadah fardu yang dikerjakan pada bulan yang mulia ini akan dilipatgandakan sehingga 70 kali.

Adab Orang Berpuasa

Sesungguhnya orang yang berpuasa itu ada adabnya. Ini kerana puasa itu tidak akan diterima kecuali dengan memenuhi adab tersebut.

Moral terpenting bagi orang yang sedang berpuasa ialah :

Harus menjaga mulutnya daripada berbohong, mengumpat dan   membebel yang tidak ada gunanya.

Menjaga kedua-dua mata dan hidung daripada melihat dan mencium hal-hal yang haram atau perbuatan lain yang melampaui batas.

Menjaga perutnya daripada makanan-makanan yang diragui lebih-lebih lagi yang haram terutama pada waktu berbuka puasa. Berkata orang budiman :

“Ketika kamu berpuasa maka lihatlah atas sesuatu apa yang kamu berbuka, dan di tempat siapa kamu berbuka”

Kata-kata di atas adalah satu peringatan buat kita, agar berhati-hati pada waktu berbuka puasa; dari mana harta itu? Dan di rumah siapa kita sedang berbuka?

Wajib menjaga seluruh anggota tubuh daripada lembah dosa dan maksiat Khaliqnya.

Dengan menjaga semua itu, insya-Allah puasa seseorang itu akan sempurna dan bersih daripada noda. Banyak orang yang penat berpuasa, menahan lapar dan dahaga pada siang hari, tetapi anggota tubuhnya melakukan maksiat, maka hanguslah puasanya dan sia-sia pula usahanya. Ini bersesuaian dengan apa yang diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w :

“Berapa banyak orang yang berpuasa ia tidak mendapt pahala daripada puasanya itu kecuali lapar dan dahaga”.

Oleh itu, orang yang berpuasa itu harus bersungguh-sungguh menjauhi maksiat. Ia harus dan wajib menghindar daripada perbuatan dosa. Walaupun tidak berpuasa harus juga menghindari maksiat apalagi yang sedang berpuasa. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Puasa adalah perisai, maka apabila ada hari puasa salah satu si antara kalian, janganlah berkata kotor, dan jangan fasiq, dan jangan bodoh (mengerjakan sesuatu yang biasa dilakukan orang bodoh). Maka apabila ada seseorang yang memusuhinya atau hendak membunuhnya, maka katakanlah. ‘Maaf, saya sedang berpuasa’…”.

Jangan terlalu banyak tidur di siang hari dan banyak makan pada malamnya.

–         Lakukanlah sesederhana yang boleh sehingga kamu dapat merasakan panasnya lapar dan dahaga.

–         Dengan itu, jiwa akan menjadi bersih, syahwat akan lemah dan otak menjadi terang.

–         Di situlah maksud dan tujuan diwajibkan berpuasa.

–         Jauhkanlah daripada bermewah-mewah dan menurut nafsu perut,abdulbutun yakni hamba perut.

Peringatan di atas tadi adalah disebabkan kebanyakan orang beranggapan bahawa berbuka adalah sebagai pengganti makan pada waktu siang. Ada juga yang menurut perasaan kerana tidak sabar menahan lapar pada siang hari, sebaik sahaja beduk Maghrib dipukul, habis hidangan yang telah disediakan petang tadi. Semuanya dilahap, tiada sedikitpun makanan yang tinggal. Bahkan, kalau boleh hendak ditelan semua sekali gus keseluruhan makanan itu. Masya-Allah, sesungguhnya inilah orang-orang yang terpedaya. Ia tidak perasan bahawa ia telah dilalaikan oleh iblis laknatullah kerana iblis iri hati dengan pahala besar yang terdapat dalam bulan Ramadhan. Orang seperti ini sudah tentu tidak akan memperoleh berkat, rahsia atau hikmah daripada puasanya itu. Puasanya tak dapat memberi kesan dalam hatinya. Walaupun ia berpuasa, namun masih tetap seperti biasa (tiada kemajuan). Ia tidak dapat merasakan nikmatnya munajat kepada Allah S.W.T. Hatinya tidak terusik ketika mendengar kitab Allah di baca, begitu juga ia tidak khusuk tatkala mengingati-Nya (zikir).

Tidak menyibukkan diri dengan urusan semata-mata, tetapi memanfaatkan kesempatan yang berharga itu untuk beribadah dan taat kepada Allah S.W.T.

–         Ia bekerja sekadar perlu sahaja; sekadar untuk mencukupi keperluan keluarga dan orang yang menjadi tanggungannya.

–         Ini kerana bulan Ramadhan merupakan raja segala bulan san hanya setahun sekali sahaja kita menemukannya.

–         Oleh itu, manfaatkanlah bulan yang istimewa ini untuk menabung amal kebaikan sebanyak-banyaknya sebagai bekalan pada Hari Kemudian.

Sunat-sunat Puasa

Segera berbuka puasa dan mengakhirkan solat Maghrib.

–         Makanan yang terbaik untuk berbuka ialah kurma, tetapi jika tiada kurma cukuplah dengan air. Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum mengerjakan Solat Maghrib.

–         Sabda Baginda :

“Umatku senantiasa berada dalam kebaikan selama mereka bersegera berbuka”.

Mengakhirkan sahur.

–         Dengan mengakhirkan sahur akan membantu memberi kekuatan tubuh pada siang hari.

–         Waktu yang terbaik ialah kira-kira 1/2 jam sebelum masuknya waktu fajar.

–         2 keuntungan mengakhirkan sahur ini iaitu mengerjakan sunnah mengakhirkan sahur dan dapat menemukan waktu solat subuh.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Bersahurlah kerana dalam sahur itu terdapat barakah”. (Riwayat Muttafiq alaihi daripada Anas)

Menurut Zaid bin Thabit r.a ;

“Kami akan sahur bersama-sama Rasulullah s.a.w, lalu kami berdiri mengerjakan solat. Ditanyakan, ‘Berapakah jarak antara kedua-duanya?’ Zaid berkata, ‘Lima puluh ayat’… ” (Muttafiq alaihi)

Memberi buka kepada orang yang berpuasa meskipun dengan hanya dua butir kurma atau seteguk air.

–       Sabda Rasulullah :

“Barangsiapa memberi buka kepada orang yang berpuasa maka hendaklah ia mendapat pahala seperti pahalanya orang yang puasa itu, tanpa dikurangi sedikitpun daripada pahalanya”.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 14, 2010 in Pelbagai