RSS

Maal hijrah

30 Dec

Kisah di Sebalik Maal Hijrah

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.

Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Manfaatkan ilmu yang disebarkan

Jika anda inginkan keberkatan pada gaji bulanan dan keluarga atau keberkatan pada harta keseluruhannya maka saya akan menceritakan beberapa bentuk kisah benar tentang keberkatan ini:

Kisah Pertama

`Abdullah, seorang pegawai dengan gaji bulanan 4000 Riyal menghadapi pelbagai masalah kewangan dan hutang. Beliau bercerita: Saya menyangka bahawa saya akan hidup dalam keadaan ini sehingga mati dan keadaan saya tidak akan berubah buat selama-lamanya. Apa yang paling saya takuti ialah saya akan mati dalam keadaan berhutang yang bertambah pada setiap detik. Keperluan hidup benar-benar menyesakkan saya. Pada suatu hari saya pergi berehat di tempat-tempat orang muda yang mempunyai masalah seperti saya. Tujuan saya pergi ke sana ialah untuk meringankan bebanan diri saya dengan mendengar masalah orang lain. Pada hari tersebut terdapat salah seorang kawan yang saya hormati pandangannya lalu saya mengadukan perihal saya kepadanya.

Beliau lalu menasihatkan agar saya mengkhususkan suatu bahagian daripada gaji bulanan saya untuk sadaqah. Saya menjawab: “Saya makan pun tak cukup macam mana nak sedeqah ?” Apabila saya balik ke rumah saya bercerita kepada isteri saya tentang apa yang berlaku. Isteri saya berkata: “Apa kata kita cuba dan mungkin Allah akan membuka jalan bagi kita.” Saya lalu menjawab: “Oleh yang demikian saya akan mengkhususkan 300 Riyal daripada gaji bulanan untuk sadaqah.” Demi Allah selepas itu hidup saya mula berubah. Perasaan lapang mula menyelubungi saya dan saya menjadi sangat optimistik. Selepas dua bulan, hidup saya mula menjadi teratur semula. Saya mengecap barakah dalam gaji saya yang saya tidak pernah temui sebelum ini. Saya mendapat kekuatan pengurusan sehingga saya boleh menjangkakan bila hutang saya akan selesai. Selepas beberapa lama salah seorang saudara saya memulakan perniagaan hartanah dan setiap kali saya mendapatkan seorang ahli syer yang baru maka saya mendapat komisen. Segala puji bagi Allah, saya merasakan bahawa hutang-hutang saya akan habis dalam tempoh yang dekat. Setiap komisen yang saya dapat juga saya tidak lupa memperuntukkan satu bahagian untuk sadaqah. Demi Allah, sesungguhnya sadaqah itu tidak akan mengetahui kelebihannya melainkan orang yang telah mengecapinya. Bersadaqahlah dan bersabar nescaya anda akan lihat kebaikan dan keberkatan dengan izin Allah.

Kisah Kedua

Kisah salah seorang Shaikh yang thiqah (dipercayai) yang mengisahkan kisah anak beliau yang sakit. Shaikh ini mempunyai anak berumur 5 tahun. Pada suatu hari dia jatuh sakit. Dia pun membawa anaknya kepada doktor dan doktor memberitahunya bahawa dia sakit teruk dan tidak boleh disembuhkan. Dia akan mati tidak berapa lama lagi. Shaikh yang bertaqwa lagi saaleh ini pun mula berasa sedih yang bersangatan. Dalam kesedihan beliau tiba-tiba terlintas di fikiran beliau sebuah hadith Rasul SallAllahu `alayhi wa sallam: “Rawatilah penyakit kamu dengan bersadaqah.” Pada malam tersebut seperti kebiasaan beliau selepas bangun untuk bertahajjud dan berdoa maka beliau memutuskan untuk keluar ke jalan raya untuk mencari orang yang boleh disadaqahkan namun tidak ketemu. Cuaca di luar sangat dingin ketika itu dan manusia sedang tidur dalam rumah mereka. Namun beliau bertemu dengan seekor kucing putih lagi comel yang sedang menyusukan anak-anaknya dalam keadaan kelaparan yang bersangatan. Beliau pun segera kembali ke rumahnya dan memberikan kepada kucing tersebut seketul daging dengan niat sadaqah kerana Allah. Kemudian beliau pergi ke masjid untuk solat Fajar dan kemudian kembali ke rumah untuk tidur sebentar. Semasa tidur beliau melihat suatu mimpi yang aneh di mana seekor gagak hitam yang besar menyerang anaknya dan cuba menyambarnya dalam keadaan anaknya menangis sambil meminta tolong. Dengan tidak semena-mena datang seekor kucing putih yang menyerang dan mencarik-carikkan gagak tersebut dan budak itu pun terselamat. Shaikh pun bangun selepas itu tanpa mengambil peduli tentang mimpi beliau yang aneh. Seperti kebiasaannya beliau akan membawa anaknya kepada doktor untuk beberapa pemeriksaan dan ujian. Doktor merasa terkejut selepas ujian tersebut dan mengesahkan bahawa anaknya tidak lagi mengalami apa-apa penyakit. Shaikh pun teringat kembali mimpi beliau serta sadaqah yang beliau lakukan secara tersembunyi dalam kegelapan malam lalu bershukur kepada Allah atas perkara tersebut. Anak beliau pun membesar lalu menjadi seorang pemuda yang bertaqwa, menghafal keseluruhan Al Qur’an dan memiliki suara yang indah lagi lunak. Demikianlah saudara-saudari yang dikasihi fillah sekalian. Telah saya ketahui daripada shaikh ini untuk bersadaqah secara kerap walaupun dalam nilai yang sedikit lalu saya temui kelegaan selalu dengan izin Allah. Saya berharap agar anda telah mendapat faedah daripada kisah ini dan akan selalu mengingati para fakir miskin selalu.

(Diambil daripada kisah-kisah dan pengajaran-pengajaran oleh Al Qattan)

Kisah Ketiga

Kisah ini merupakan kisah ajaib yang terdapat dalam Kitab Al Birr wa As Silah oleh Imam Ibn Al Jawzi. Maka hayatilah apa yang diriwayatkan oleh Al Imam daripada `Ikrimah rahimahullah: Seorang raja pada masa silam telah berkata kepada rakyatnya: “Sesiapa yang bersadaqah dengan sesuatu nescaya saya akan dipotong kedua tangannya!” Maka datang seorang lelaki kepada seorang wanita lalu berkata: “Bersadaqahlah kepadaku.” Wanita itu menjawab: ” Bagaimana aku akan bersadaqah sedangkan raja akan memotong tangan orang yang bersadaqah.” Dia lalu berkata: “Aku memohon kepada engkau demi Wajah Allah agar bersadaqah kepadaku.” Wanita itu pun bersadaqah dengan dua keeping roti dan akhirnya raja mengetahui akan kejadian tersebut. Raja pun menghantar orang kepada wanita itu lalu memotong kedua tangannya. Tidak berapa lama kemudian raja menyatakan hasrat kepada ibunya agar menunjukkan kepadanya seorang wanita cantik untuk dikahwininya. Ibunya pun menyebut tentang seorang wanita yang kecantikannya tiada taranya namun dia memilki suatu kecacatan yang teruk iaitu kedua tangannya telah terpotong. Raja pun pergi untuk melihat wanita tersebut dan apabila dia melihatnya dia menjadi kagum lalu terus melamarnya. Wanita itu bersetuju dengan lamaran tersebut lalu mereka pun berkahwin. Raja pun tidur dan melakukan hubungan dengan wanita tersebut. Apabila tiba keadaan perang dan raja pun pergi berperang dengan musuh maka orang yang dengki telah mengadu kepada raja bahawa isterinya telah curang lalu melahirkan seorang anak. Raja lalu mengutus surat memerintahkan agar wanita tersebut dipukul, dihalau dan ditinggalkan bersama anaknya di padang pasir. Semasa lalu di sebuah sungai dan ingin minum maka bayi itu terjatuh daripadanya ke dalam sungai lalu lemas. Wanita itupun menangis dan ketika itu datang dua orang lelaki yang berkata kepadanya: “Apa menyebabkan kamu menangis?” Dia berkata: “Anak saya telah jatuh ke dalam air lalu lemas.” “Adakah kamu suka jika kami mengeluarkannya bagi kamu?” ujar kedua lelaki tersebut. “Ya. Demi Allah,” jawab wanita tersebut. Maka mereka berdua berdoa kepada Allah dan anaknya pun keluar daripada air tersebut lalu mereka berkata: “Adakah kamu ingin kami kembalikan tangan kamu?” “Ya,” jawab wanita itu lalu mereka berdua berdoa kepada Allah dan tangannya pun kembali seperti sediakala lalu berkata, “Adakah kamu tahu siapa kami?” “Tidak,” jawab wanita tersebut. Mereka berkata: “Kami adalah dua roti yang kamu bersadaqah dengannya.”

Daripada Abi Hurairah radhiyAllah `anhu bahawa Nabi SallAllah `alayhi wasallam bersabda:

Tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu:

1. Pemimpin yang adil,

2. pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah),

3. seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan salat jamaah di dalamnya),

4. dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah,

5. seorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk berzina), tapi ia mengatakan: Aku takut kepada Allah,

6. seseorang yang memberikan sedekah kemudian merahsiakannya sampai tangan kanannya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kirinya

7. seseorang yang berzikir (mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua matanya

 
Tinggalkan komen

Posted by di Disember 30, 2008 in 1

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: