RSS

Cikgu oh cikgu…

15 May

Assalamualaikum…..

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.

‘GURU PEMBINA NEGARA BANGSA’

Apa yang ingin dikongsikan adalah balasan mesej dari seorang cikgu….

” Byk dpt BUNGA? * Tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat PENDRIVE? * Tanda itu GURU DATA. Dpt PEMADAM? * Tanda guru sentiasa membetulkan yg dusta. Dpt MESEJ? * Tanda guru sentiasa di ingatan! Dapat BANTAL? *Tanda guru sentiasa TIDO! *Selamat Hari Guru*”

Semoga tiada lagi guru-guru di zaman ini berperangai seperti Cikgu Saari dalam filem P.Ramlee, Masam Masam Manis.

Diharapkan agar semua guru di Malaysia ini dapat menjalankan tugas dengan penuh komitmen, bertanggungjawab, penuh dedikasi dalam melaksanakan amanah yang diberi.

Menjadi contoh yang baik kepada anak murid dengan berperibadi mulia, walaupun anda juga adalah manusia biasa, sekurang-kurangnya jagalah nama baik sebagai seorang guru yang boleh dijadikan contoh tauladan kepada anak didik.

Elakkan pertelingkahan sesama cikgu, elakkan juga tabiat mengadu domba sesama sendiri. Jangan diibaratkan guru kencing berdiri, nanti murid-murid akan kencing berlari.

Walau siapapun anda dimata masyarakat, hakikatnya perlu dipelihara tugas murni seorang insan bernama Cikgu.

Jasa Mu Cikgu akan sentiasa di kenang…..

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mei 15, 2010 in Pelbagai

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: