RSS

KEBESARAN BULAN RAMADAN

14 Aug

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Bulan Ramadhan ke Ramadhan lainnya, dan Jumaat (hari) Jumaat berikutnya, dan solat ke satu solat waktu yang berikutnya menghapus dosa yang dilakukan di antara keseluruhan itu, bila menjauhi dosa besar”. (Riwayat Muslim)

“Dalam bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan sabar, tabah (menghadapi bencana) pahala syurga”.

“….dalamnya (bulan Ramadhan) hujungnya merupakan rahmat, dan di tengah-tengahnya pengampunan, dan di akhirnya selamat daripada neraka”.

“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dan mendirikannya dengan iman dan ihtisab kerana Allah semata-mata, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lepas”.

Berkata Jibrail kepada Rasulullah s.a.w, “Barangsiapa menjumpai bulan Ramadhan, lalu ia tidak diampun dosanya, mudah-mudahan Allah menjauhkan (rahmat-Nya) padanya, ucapkanlah amin”. Maka sabda Rasulullah s.a.w,“Amin”…

Persoalannya, mengapakah ia dijauhkan daripada rahmat Allah S.W.T?…Ya, kerana pada bulan Ramadhan itu sangat mudah mengerjakan amal-amal yang menyebabkan ia diampun dosanya. Oleh itu, orang yang tidak mendapatmaghfirah pada bulan Ramadhan beerti ia terlalu berpaling daripada Allah dan terang-terangan menentang-Nya. Maka, wajarlah ia dijauhkan dari pintu rahmat Allah. Mudah-mudahan Allah menjauhkan kita daripada murka dan siksaan-Nya. Amin.

Sebuah hadis lagi menyebutkan:

“Ketika datang bulan Ramadhan maka dibuka pintu syurga dan terkunci pintu neraka, dan terbelenggu para syaitan”. (Riwayat Muttafiq alaihi)

Pada setiap malam Ramadhan itu pula sentiasa ada seruan :

“Hai pencuri kebaikan, hadapkanlah jiwamu; dan eahai pemabuk kejahatan, sedikitkanlah!!”

Sebuah keterangan lain menyebutkan bahawa sesiapa yang beribadah fardu pada bulan Ramadhan, maka ibadahnya itu dapat menyaingi 70 ibadah fardu yang dikerjakan pada bulan lain. Kalau mengerjakan ibadah sunat pada bulan Ramadhan, dapat mengatasi ibadah fardu yang dilakukan pada bulan lain. Jadi, ibadah sunat yang dikerjakan pada bulan Ramadhan kedudukannya sama dengan ibadah fardu yang dikerjakan pada bulan lain. Ibadah fardu yang dikerjakan pada bulan yang mulia ini akan dilipatgandakan sehingga 70 kali.

Adab Orang Berpuasa

Sesungguhnya orang yang berpuasa itu ada adabnya. Ini kerana puasa itu tidak akan diterima kecuali dengan memenuhi adab tersebut.

Moral terpenting bagi orang yang sedang berpuasa ialah :

Harus menjaga mulutnya daripada berbohong, mengumpat dan   membebel yang tidak ada gunanya.

Menjaga kedua-dua mata dan hidung daripada melihat dan mencium hal-hal yang haram atau perbuatan lain yang melampaui batas.

Menjaga perutnya daripada makanan-makanan yang diragui lebih-lebih lagi yang haram terutama pada waktu berbuka puasa. Berkata orang budiman :

“Ketika kamu berpuasa maka lihatlah atas sesuatu apa yang kamu berbuka, dan di tempat siapa kamu berbuka”

Kata-kata di atas adalah satu peringatan buat kita, agar berhati-hati pada waktu berbuka puasa; dari mana harta itu? Dan di rumah siapa kita sedang berbuka?

Wajib menjaga seluruh anggota tubuh daripada lembah dosa dan maksiat Khaliqnya.

Dengan menjaga semua itu, insya-Allah puasa seseorang itu akan sempurna dan bersih daripada noda. Banyak orang yang penat berpuasa, menahan lapar dan dahaga pada siang hari, tetapi anggota tubuhnya melakukan maksiat, maka hanguslah puasanya dan sia-sia pula usahanya. Ini bersesuaian dengan apa yang diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w :

“Berapa banyak orang yang berpuasa ia tidak mendapt pahala daripada puasanya itu kecuali lapar dan dahaga”.

Oleh itu, orang yang berpuasa itu harus bersungguh-sungguh menjauhi maksiat. Ia harus dan wajib menghindar daripada perbuatan dosa. Walaupun tidak berpuasa harus juga menghindari maksiat apalagi yang sedang berpuasa. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Puasa adalah perisai, maka apabila ada hari puasa salah satu si antara kalian, janganlah berkata kotor, dan jangan fasiq, dan jangan bodoh (mengerjakan sesuatu yang biasa dilakukan orang bodoh). Maka apabila ada seseorang yang memusuhinya atau hendak membunuhnya, maka katakanlah. ‘Maaf, saya sedang berpuasa’…”.

Jangan terlalu banyak tidur di siang hari dan banyak makan pada malamnya.

–         Lakukanlah sesederhana yang boleh sehingga kamu dapat merasakan panasnya lapar dan dahaga.

–         Dengan itu, jiwa akan menjadi bersih, syahwat akan lemah dan otak menjadi terang.

–         Di situlah maksud dan tujuan diwajibkan berpuasa.

–         Jauhkanlah daripada bermewah-mewah dan menurut nafsu perut,abdulbutun yakni hamba perut.

Peringatan di atas tadi adalah disebabkan kebanyakan orang beranggapan bahawa berbuka adalah sebagai pengganti makan pada waktu siang. Ada juga yang menurut perasaan kerana tidak sabar menahan lapar pada siang hari, sebaik sahaja beduk Maghrib dipukul, habis hidangan yang telah disediakan petang tadi. Semuanya dilahap, tiada sedikitpun makanan yang tinggal. Bahkan, kalau boleh hendak ditelan semua sekali gus keseluruhan makanan itu. Masya-Allah, sesungguhnya inilah orang-orang yang terpedaya. Ia tidak perasan bahawa ia telah dilalaikan oleh iblis laknatullah kerana iblis iri hati dengan pahala besar yang terdapat dalam bulan Ramadhan. Orang seperti ini sudah tentu tidak akan memperoleh berkat, rahsia atau hikmah daripada puasanya itu. Puasanya tak dapat memberi kesan dalam hatinya. Walaupun ia berpuasa, namun masih tetap seperti biasa (tiada kemajuan). Ia tidak dapat merasakan nikmatnya munajat kepada Allah S.W.T. Hatinya tidak terusik ketika mendengar kitab Allah di baca, begitu juga ia tidak khusuk tatkala mengingati-Nya (zikir).

Tidak menyibukkan diri dengan urusan semata-mata, tetapi memanfaatkan kesempatan yang berharga itu untuk beribadah dan taat kepada Allah S.W.T.

–         Ia bekerja sekadar perlu sahaja; sekadar untuk mencukupi keperluan keluarga dan orang yang menjadi tanggungannya.

–         Ini kerana bulan Ramadhan merupakan raja segala bulan san hanya setahun sekali sahaja kita menemukannya.

–         Oleh itu, manfaatkanlah bulan yang istimewa ini untuk menabung amal kebaikan sebanyak-banyaknya sebagai bekalan pada Hari Kemudian.

Sunat-sunat Puasa

Segera berbuka puasa dan mengakhirkan solat Maghrib.

–         Makanan yang terbaik untuk berbuka ialah kurma, tetapi jika tiada kurma cukuplah dengan air. Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum mengerjakan Solat Maghrib.

–         Sabda Baginda :

“Umatku senantiasa berada dalam kebaikan selama mereka bersegera berbuka”.

Mengakhirkan sahur.

–         Dengan mengakhirkan sahur akan membantu memberi kekuatan tubuh pada siang hari.

–         Waktu yang terbaik ialah kira-kira 1/2 jam sebelum masuknya waktu fajar.

–         2 keuntungan mengakhirkan sahur ini iaitu mengerjakan sunnah mengakhirkan sahur dan dapat menemukan waktu solat subuh.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Bersahurlah kerana dalam sahur itu terdapat barakah”. (Riwayat Muttafiq alaihi daripada Anas)

Menurut Zaid bin Thabit r.a ;

“Kami akan sahur bersama-sama Rasulullah s.a.w, lalu kami berdiri mengerjakan solat. Ditanyakan, ‘Berapakah jarak antara kedua-duanya?’ Zaid berkata, ‘Lima puluh ayat’… ” (Muttafiq alaihi)

Memberi buka kepada orang yang berpuasa meskipun dengan hanya dua butir kurma atau seteguk air.

–       Sabda Rasulullah :

“Barangsiapa memberi buka kepada orang yang berpuasa maka hendaklah ia mendapat pahala seperti pahalanya orang yang puasa itu, tanpa dikurangi sedikitpun daripada pahalanya”.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 14, 2010 in Pelbagai

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: