RSS

Penyeliaan Klinikal

14 Aug

Penyeliaan Klinikal
PENGENALAN

Dunia pendidikan masa kini penuh dengan cabaran dan pergolakan yang perlu ditangani oleh semua lapisan masyarakat. Untuk mendapatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah guru hendaklah memainkan peranan masing-masing dengan berkesan. Oleh itu, satu daripada faktor kejayaan di bilik darjah ialah penyeliaan yang sistematik dan berkesan, Sebenarnya terdapat hanyak cara membuat penyeliaan untuk menyelesaikan masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah. Ada di antaranya lebih sesuai dilakukan secara langsung dan ada pula penyeliaan secara tidak langsung. Keadaan ini banyak bergantung kepada tujuan penyeliaan itu sendiri. Walau bagaimanapun faktor penentu ukuran kejayaan sesuatu penyeliaan itu bergantung kepada keberkesanannya dan kedua-dua pihak iaitu guru serta penyelia dapat merasa suatu kepuasan dalam tugasan mereka di samping berjaya mengatasi segala masalah pengajaran dan pembelajaran. Penyeliaan Klinikal pula adalah satu pendekatan yang dapat merangkumi semua aspek di dalam penyeliaan yang sepatutnya dilakukan kini.

SIAPAKAH PENYELIA?

Menurut Raymond (2004), penyelia adalah seseorang yang mempunyai deskripsi tugas merancang, mengagih tugas, mengarah, memberi kerjasama, membuat penyelesaian masalah, memilih dan melatih, memotivasi, menasihat, memperbaiki, mengurus tekanan dan mengawal kemajuan.

OBJEKTIF PENYELIAAN

– Mengenalpasti guru-guru yang cekap untuk tujuan kenaikan pangkat.
– Mengenalpasti kelemah untuk pengubalan dasar sekolah dan pembentukan strategi peningkatan prestasi pelajar.
– Menstruktur dan menentukan jenis serta bentuk latihan dalaman bagi staf akademik.
– Memperbaiki mutu pelajran pelajar walaubagaimanapun obejktif sertamertanya ialah untuk memperbaiki kaedah pengajaran guru secara keseluruhan.

Secara khususnya penyeliaan mempunyai objektif untuk menghasilkan kaedah yang lebih baik untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Ia dapat menimbulkan iklim fizikal, sosial dan psikologikal yang lebih sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, ia mampu menghasilkan penyusunan secara bersepadu segala usaha dan bahan bagi menentukan kesinambungan pengajaran dan pembelajaran di samping mewujudkan kerjasama semua staf dalam mengatasi masalah pengajaran.

KONSEP PENYELIAAN
Konsep penyeliaan melibatkan tingkahlaku memerhati, membimbing memberikan penghargaan, menegur, membaiki, menilai dan mengadakan rundingan. Hal ini bermakna penyeliaan merupakan satu makanisme yang sangat penting bagi memastikan pengurusan kurikulum serta pengajaran dan peembelajaran berada pada landasan yang betul untuk merialisasikan visi dan misi sekolah. Tugas seorang pengetua dan guru besar bukan sahaja menyelia pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga menyediakan kemudahan yang membolehkan guru-guru melaksanakan proses tersebut dengan berkesan.

DEFINISI PENYELIAAN
Menurut Boardman, Douglas & Bent (1953 Penyeliaaan ialah satu usaha untuk mendorong, menyelaras dan membimbing guru dalam hal-hal pengajran supaya guru-guru lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran. ( Alfonso, R.J., 1980 ) mengatakan bahawa penyeliaan adalah satu tingkah laku yang dipertanggungjawabkan secara rasmi kepada seseorang yang mendatangkan kesan kepada guru untuk mempertingkatkan lagi pembelajaran murid-mrid dan seterusnya mencapai sesuatu matlamat yang ditentukan

TEORI PENYELIAAN

1. Teori penyeliaan Tradisional sainstifik karya( Frederick Taylor di awal 1900-an).
Teori ini menekankan kepada penyeliaan terhadap keseluruhan tugas guru supaya pengajaran yang berkesan dapat dihasilkan. Teori penyeliaan tradisional menganggap guru sebagai golongan yang perlu dikawal rapi. Hubungan penyelia dengan yang diselia perlu ada jarak dan ruang yang jelas. Secara keseluruhannya penyeliaan menurut teori ini menghendaki guru diselia dan dicerap untuk memastikan tercapainya matlamat pengajaran dan prestasi akademik yang tinggi.

2. Teori Penyeliaan Hubungan Manusia (Elton Mayo,1930-1950
Mayo percaya bahawa produktiviti kerja akan meningkat bila terdapat hubungan yang baik ditempat kerja.. Teori Penyeliaan Humanistik lebih mementingkan hubungan baik antara penyelia dan guru yang diselia. Keadaan ini dipercayai dapat mewujudkan rasa kepuasan kerja dan komitmen yang tinggi di kalangan guru-guru yang diselia. Pekerja diberikan kesempatan untuk berinteraksi antara satu sama lain, memperlakukan mereka dengan sopan dan melibatkan mereka dalam proses membuat keputusan. Guru diberi kepercayaan penuh kerana mereka adalah golongan profesional yang telah menghadiri kursus yang panjang penting bagi sekolah.

3. Douhlas Mcgregor (1960) Pengurusan Sumber Manusia
Pengurus sekolah perlu memberikan perhatian terhadap Sumber manusia dengan melihat kepada keperluan manusia, potensi dan kepuasan dan bukan hanya untuk mengembirakan mereka serta memanipulasikan mereka. Human Resources Supervision” ada membincangkan bahawa guru adalah idividu yang berpotensi dan berkemampuan untuk berkembang sebagai manusia yang positif serta proaktif sebagaimana yang dijelaskan dalam teori Y McGregor. Implikasi dari teori ini dalam proses pencerapan pengajaran guru, banyak membantu mereka ke arah terlaksananya hasrat dan cita-cita Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu pendekatan teori Y sepatutnya didokong oleh pentadbir sekolah. Ianya merupakan satu stail kepimpinan yang dapat membantu proses pengajaran guru yang lebih berkesan dan berwawasan. Penyeliaan atau pencerapan dalam konteks pendidikan bertujuan untuk membangunkan perkembangan psikologi manusia ke arah meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.
4. Pada awal 1980, neoscientific (Sergiovanni, et al .., 1998).
Teori Penyeliaan Santifik Moden memberi tumpuan kepada konsep ketrampilan dan peningkatan ke arah mencapai kecemerlangan pengajaran guru. Di samping itu implikasi teori ini dapat mencungkil keperluan motivasi, kepuasan dan komitmen dari segi pengiktirafan, pujian dan menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis. Ianya juga merupakan pengembelingan daya usaha serta menggalakkan komunikasi dua hala .(Hussin, 1992). Penyeliaan mengikut teori Penyeliaan Saintifik Moden lebih bersifat membantu dan membimbing dan diharap dapat melahirkan guru yang iltizam dan cemerlang serta dapat melahirkan anak didik yang dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Negara .Teori ini sering disebut sebagai kepentingan dalam penyeliaan, akuntabilitas, dan kecekapan, serta kebijaksanaan yang kurang bersifat peribadi. Pemeriksaan rancangan pelajaran harian dan lawatan ke bilik menggunakan standard kriteria-direferensikan ujian dan hasil penerbitan.. Neoscientific pengurusan sangat bergantung kepada kuasa luaran yang ditetapkan oleh pihak atasan.

5. Normative Supevision
Guru sanggup untuk mengorbankan kepentingan diri jika syarat yang dikenakan kepada mereka adalah baik dan betul, nilai , emosi dan kepercayaan dalah menjadi motivasi yang kuat kepada guru-guru. Mereka membuat keputusan bersama dan lebih cenderung bertindak balas terhadap norma daripada peraturan dan keperluan. Penyelia dan guru adalah merupakan ahli komuniti sekolah yang mempunyai nilai-nila dan norma kesamaan mementingkan kecemerlangan organisasi melibihi segalanya.

 
4 Komen

Posted by di Ogos 14, 2010 in Pelbagai

 

4 responses to “Penyeliaan Klinikal

  1. aja

    Januari 22, 2011 at 3:59 am

    salam, boleh saya tahu rujukan untuk penyeliaan klinikal awk…urgent sgt ni…tlng email kat saya yer: aja_pinkgurlz@yahoo.com

    tq….

     
  2. RATNA

    Januari 16, 2012 at 2:05 pm

    Salam, saya sdang mengikuti pengajian master dan membuat kajian dalam bidang penyeliaan pengajaran di kalangan GKMP. Harap Tuan dpat memberi saya info yg lebih mendalam dalam topik ini. Kerjasama Tuan sya dahului dgn jutaan terima kasih.

     
  3. Mar Mariyani Malek

    April 16, 2012 at 12:45 pm

    Hasil penulisan yang baik. Teruskan usaha tuan yang murni untuk berkongsi ilmu di alam siber.

     
    • ramlanmamat

      April 20, 2012 at 1:18 am

      Terima Kasih atas sokongan dan pandangan..Insyaallah saya akan terus menulis sekiranya masih berkesempatan

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: